ikan keli masak tuop

                                       
                                        Ikan Keli Masak Tuop
 
Bahan-bahan:-

  1. 3 ekor ikan keli(sederhana besar)
  2. 5 sudu besar kelapa parut
  3. 1 sudu serbuk kunyit
  4. 7 biji cili  melaka
  5. 4 biji bawang kecil
  6. 2 tangkai cili kering
  7. 3 keping asam gelugur
  8. 1/2 cawan air asam jawa
  9. 2 batang serai (diketuk)
  10. Secawan air
Cara memasak;-

  1. Kelapa parut,serbuk kunyit,cili melaka,bawang kecil dan                         cili kering bersama air dikisar sehingga lumat.(8-10 minit )
  2. Ikan keli yang telah dibersihkan dipotong kepada 3 bahagian setiap seekor.
  3. Masukkan bahan kisar,ikan keli,asam gelugur,air asam jawa, serai dan garam ke periuk.(Awas jangan guna serbuk perasa kerana menjejaskan kesihatan anda).
  4. Masak sehingga mendidih dan pastikan isi ikan keli telah masak.(6-8 minit)

                                       

No comments:

Post a Comment